AWAS jika kamu ada terasa sakit pada bahagian perut..itu mungkin tanda awal anda mengalami gastrik...
Gastrik mungkin pada mulanya hanya biasa tetapi lama kelamaan ia boleh mengancam nyawa...
Saya mahu berkongsi sedikit pasal gastrik ni kerana saya pun mengalami gastrik..sejak sekolah rendah lg..
dan saya juga tahu kehidupan sebagai student juga boleh mengundang gastrik kerana jadual pemakanan yang x teratur..pemakanan x teratur merupakan salah satu punca terjadinya gastrik...
Gastrik....sakit woooo...jika x diatasi secepat mungkin...
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastrik.
PUNCA GASTRIK
- Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
- Gaya hidup yang tertekan (stress)
- Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
- Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
- Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
- Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
- Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
- Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
- Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
- Elakkan makan terlalu kenyang.






